Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksFatwa Mufti Kerajaan 1998

JUDUL
Fatwa Mufti Kerajaan 1998
Tahun Diterbitkan: 1999
Muka Surat: 286 Halaman
ISBN-13: 978-99917-33-09-8
Harga: BND 8.00

Kandungan


Fatwa 1998 ini mengandungi 37 siri. Walau bagaimanapun siri ke 9 fatwa ini yang bertajuk 'Islam Dan Muzik' telah diterbitkan secara berasingan dalam bentuk sebuah buku dan tidak disenaraikan bersama-sama dengan siri Fatwa 1998 ini. Ini adalah kerana tajuk 'Islam dan Muzik' memerlukan penghuraian dan pembahasan yang terperinci. Hal ini telah menjadikan tajuk Islam dan Muzik' begitu menarik untuk dibaca sebagai sebuah buku yang mempunyai nilainya yang tersendiri.

Memuatkan ilmu pengetahuan agama yang relevan di dalam setiap fatwa tetap menjadi karekteristik gaya berfatwa Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam. Ilmu-ilmu pengetahuan agama yang diberikan demikian itu menjadikan fatwa-fatwa yang dikeluarkan senang dihayati oleh orang yang bertanya.

Meskipun kandungan buku ini merupakan fatwa-fatwa yang dikeluarkan sebagai jawapan kepada kemusykilan pihak-pihak tertentu daripada kalangan umat Islam, namun dalam masa yang sama ia dapat dijadikan panduan dan sempadan bagi hidup dan kehidupan umat Islam secara keseluruhannya. Maka buku ini sesuai dan perlu dimiliki oleh setiap keluarga Islam.