Kandungan
Buku Fatwa Mufti Kerajaan 2001 ini memuatkan berbagai persoalan yang ditujukan kepada Pehin Mufti Kerajaan sepanjang tahun 2001 bagi mendapatkan fatwa mengenai isu-isu yang dikemukakan itu. Ia menghuraikan berbagai permasalahan semasa yang dihadapi oleh orang ramai sama ada mereka yang terlibat dengan soalan-soalan yang dikemukakan mahupun mana-mana pihak yang memerlukan bimbingan dan penjelasan tentang sesuatu hukum.
Buku Fatwa 2001 ini, sebagaimana juga buku-buku fatwa 1994-2000 yang telah diterbitkan adalah bahan rujukan mengenai hukum yang perlu dimiliki oleh umat Islam, yang boleh dirujuk sebagai panduan syara' bagi sesuatu isu kehidupan mereka, dan sekaligus untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan tentang Islam.