Kandungan
Buku Fatwa Mufti Kerajaan 2003 menemui para pembaca dengan kandungan yang memuatkan berbagai persoalan masyarakat sepanjang tahun 2003. Semua persoalan yang ditanya oleh berbagai pihak memerlukan penjelasan, penghuraian yang jelas dan penetapan hukum mengenainya.
Perkembangan masyarakat, perubahan arus hidup manusia dan faktor pemodenan telah menyumbang kepada perubahan cara hidup dan pemikiran masyarakat Islam, sekaligus menimbulkan berbagai persoalan baru yang memerlukan pandangan dan penglibatan hukum syara'.
Buku Fatwa Mufti Kerajaan 2003 mempunyai 303 muka surat dan setiap soalan disusun mengikut kategorinya.