Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksFatwa Mufti Kerajaan 2005

JUDUL
Fatwa Mufti Kerajaan 2005
Tahun Diterbitkan: 2007
Halaman: 291 Muka Surat
ISBN-13: 978-99917-60-35-3
Harga: BND 8.00

Kandungan


Dengan berkembangnya umat manusia dan berlakunya berbagai perubahan dalam banyak sudut kehidupan, maka lahirlah juga berbagai permasalahan baru yang memerlukan pandangan dan penentuan hukum syara' mengenainya.

Apakah nama 'Jesus' bagi Nabi 'Isa 'Alaihissalam dan nama nabi-nabi lain yang disebut dalam bahasa Inggeris boleh menjejas aqidah umat Islam? Benarkah dakwaan sesetengah orang bahawa tahun 2005 tahun gempar? Hukum penggunaan alkohol, permasalahan haji, penggunaan kad kredit untuk pembayaran binatang korban dan aqiqah, merupakan sebahagian daripada persoalan menarik yang ditanyakan oleh masyarakat Islam di mana penjelasan hukum dan fatwa mengenainya dapat diketahui dalam buku Fatwa Mufti Kerajaan 2005 ini.

Terdapat banyak lagi pertanyaan masyarakat yang dijawab oleh Mufti dengan cara yang penuh ilmiah yang perlu diketahui menerusi buku ini. Yang pastinya, para pembaca bukan sahaja dapat mengetahui hukum sesuatu perkara, tetapi juga meraih ilmu yang lebih luas mengenai isu yang dipersoalkan.