Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksFatwa Mufti Kerajaan 2009

JUDUL
Fatwa Mufti Kerajaan 2009
Tahun Diterbitkan: 2012
Halaman: 246 Muka Surat
ISBN-13: 978-99917-33-97-5
Harga: BND 8.00

Kandungan


Bernazar untuk melakukan sesuatu perkara berupa ketaatan yang tidak wajib dilakukan seperti bersedekah, sembahyang sunat, puasa sunat, berwaqaf dan sebagainya adalah wajib ditunaikan apabila perkara yang disyaratkan kepada nazar itu tercapai.

Bagaimana jika seseorang itu bernazar untuk menunaikan haji? Bagaimana pula jika seseorang itu bernazar untuk membawa kedua ibu bapa menunaikan fardhu haji dengan maksud menanggung segala perbelanjaan pemergian haji mereka?

Semua persoalan ini terjawab di dalam buku Fatwa Mufti Kerajaan 2009 ini.

Di samping persoalan tersebut, buku ini juga menjelaskan hukum mengenai beberapa perkara lain yang berkisar di dalam masalah Aqidah, Ibadat, Muamalat, al-Ahwal asy-Syakhshiyyah, Perundangan, Hal Ehwal Kanak-kanak, Haiwan, Pakaian dan Perhiasan, Perubatan; Do'a, Wirid dan Zikir, dan al-Mutafarriqat.