Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksFatwa Mufti Kerajaan 2014

JUDUL
Fatwa Mufti Kerajaan 2014
Tahun Diterbitkan: 2015
Halaman: 224 Muka Surat
ISBN-13: 978-99917-60-38-4
Harga: BND 7.00

Kandungan


Buku ini mengandungi 28 persoalan yang telah dijawab dan diberikan penjelasan fatwa oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr. Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam sepanjang tahun 2014.

Antara persoalan yang menarik di dalam buku ini ialah tentang hukum berdiang dengan membakar arang selapas bersalin, mandi menggunakan air Zamzam, produk kecantikan muka yang mengandungi bahan emas, zakat harta perniagaan dan zakat wang simpanan tetap (fixed deposit), menghantar orang gaji non muslim ke majlis mass, menghantar mahasiswi belajar ke luar negeri dan lain-lain lagi.

Dengan jawapan dan penjelasan yang telah diberikan itu diharapkan akan dapat dijadikan panduan dan bahan rujukan bagi masyarakat khususnya umat Islam dalam menjalani kehidupan harian mereka.