Kandungan
Kita sering diingatkan oleh ibu bapa agar menjamah makanan sebelum keluar rumah supaya tidak kempunan. Begitu juga bagi wanita mengandung yang mengidam hendak memakan sesuatu, apabila seleranya tidak dipenuhi, wanita itu dikatakan akan kempunan.Ada pendapat mengatakan kempunan hanyalah menurut kepercayaan orang-orang Melayu sahaja dan merupakan kepercayaan turun-temurun.
Persoalannya: Apakah pandangan syara' tentang kepercayaan terhadap kempunan ini?
Buku Fatwa Mufti Kerajaan 2017 ini ada jawapannya. Selain itu banyak lagi penjelasan hukum yang dihuraikan berdasarkan pertanyaan yang dikemukakan. Antaranya, hukum berwudhu' menggunakan titisan air yang keluar dari penghawa dingin, menggunakan baby carrier ketika berihrâm, menjual plasma manusia, tatu, berkhatan bagi wanita dan banyak lagi.
Miliki buku ini yang penuh dengan ilmu dan maklumat mengenai perkembangan semasa yang melibatkan hukum dan fatwa.