Kandungan
Memandangkan ibadat korban semakin mendapat perhatian masyarakat Islam masa kini, hukum dan permasalahan yang berkaitan dengan ibadat ini amat perlu diberikan penerangan yang jelas.
Sejauh manakah masyarakat Islam memahami isu-isu mengenai pemilihan dan penyembelihan binatang korban, hak orang miskin dan orang kaya terhadap daging korban, berwakil kepada pengurus dan penyembelih korban, pengendalian korban wajib. sunat, wasiat dan seumpamanya...?
Buku ini diharapkan dapat memberi maklumat dan menyelesaikan berbagai permasalahan yang tersebut serta menjadi panduan ke arah pelaksanaan ibadat korban yang lebih sempurna menurut tuntutan syara'.