Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksIrsyad Hukum 2001

JUDUL
Irsyad Hukum 2001
Tahun Diterbitkan: 2002
Muka Surat: 291 Halaman
ISBN-13: 978-99917-60-22-3
Harga: BND 8.00

Kandungan


Buku ini adalah satu siri bimbingan hukum dalam berbagai isu dan masalah yang sering berlaku di kalangan masyarakat Islam hari ini. Dengan perkembangan sains dan teknologi moden di era globalisasi ini, umat Islam begitu terdedah dengan berbagai persoalan hidup yang semakin luas dan mencabar. Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa umat Islam amat memerlukan bimbingan dan panduan dalam hidup mereka lebih-lebih lagi dalam hal-hal yang berkaitan dengan hukum yang dapat memandu mereka ke jalan yang benar dan mendapat keredhaan Allah Subhanahu wa Ta'âlâ di dunia dan di akhirat.

Buku Irsyad Hukum kali ini menampilkan beberapa lagi panduan dengan mengupas berbagai tajuk yang difikirkan perlu untuk disebarkan kepada umat Islam agar dapat difahami, dihayati dan dipraktikkan sebagai amalan yang baik dalam kehidupan seharian mereka.

Semoga irsyad hukum yang dimuatkan di dalam buku ini akan dapat memberikan cahaya kepada umat Islam menuju kehidupan yang lebih diberkati dengan sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah Allah Subhanahu wa Ta'âlâ demi mencapai kehidupan yang lebih sempurna.