Kandungan
Buku ini mengandungi kumpulan siri penerangan dan bimbingan hukum dan kehendak-kehendak agama Islam yang disiarkan di akhbar rasmi kerajaan "Pelita Brunei" sepanjang tahun 2003.
Buku Irsyad Hukum ini bertujuan untuk menyebarluas lagi ilmu pengetahuan Islam kepada umat Islam yang ada kaitan dengan amalan atau kebiasaan harian mereka. Matlamat yang ingin dicapai ialah untuk melahirkan kefahaman dan kesedaran serta keinsafan dalam diri umat Islam sehingga berhati senang untuk menghayati hukum dan kehendak Islam, iaitu agama yang mendorong kepada pembangunan rohani dan kemajuan yang sebenar benarnya, bukan sebaliknya.