Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksIrsyad Hukum 2004

JUDUL
Irsyad Hukum 2004
Tahun Diterbitkan: 2005
Muka Surat: 291 Halaman
ISBN-13: 978-99917-33-55-5
Harga: BND 7.00

Kandungan


Buku ini mengandungi kumpulan siri penerangan dan bimbingan hukum dan kehendak-kehendak agama Islam yang disiarkan di akhbar rasmi kerajaan "Pelita Brunei" sepanjang tahun 2002.

Buku Irsyad Hukum ini bertujuan untuk menyebarluas lagi ilmu pengetahuan Islam kepada umat Islam yang ada kaitan dengan amalan atau kebiasaan harian mereka. Matlamat yang ingin dicapai ialah untuk melahirkan kefahaman dan kesedaran serta keinsafan dalam diri umat Islam sehingga berhati senang untuk menghayati hukum dan kehendak Islam, iaitu agama yang mendorong kepada pembangunan rohani dan kemajuan yang sebenar benarnya, bukan sebaliknya.

Buku Irsyad Hukum 2004 ini mengandungi sebanyak 25 tajuk dan disusun dalam 10 bab, membincangkan berbagai isu hukum syara yang perlu diambil perhatian oleh masyarakat Islam dalam memperbaiki amal ibadat kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala di samping hubungan sesama manusia.

Adalah diharapkan agar irsyad hukum yang dimuatkan di dalam buku ini akan dapat menambah ilmu pengetahuan umat Islam dan mendorong mereka untuk lebih prihatin dan teliti di dalam menyempurnakan setiap kewajipan yang dituntut oleh Islam untuk dilakukan demi mencapai keredhaan Allah Subhanahu wa Ta'ala di dunia dan akhirat, amin ya Rabbal 'Alamin.