Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksIrsyad Hukum 2008

JUDUL
Irsyad Hukum 2008
Tahun Diterbitkan: 2010
Halaman: 299 Muka Surat
ISBN-13: 978-99917-33-90-6
Harga: BND 9.00

Kandungan


Ibadat sembahyang adalah salah satu daripada rukum Islam yang kelima. Sebagai rukun, ia wajib dilaksanakan dengan sempurna.

Ke arah kesempurnaan itu wajib dipelajari rukun dan syarat-syarat sahnya, di samping perlu diketahui perkara-perkara sunat mengenainya.

Antara isu-isu yang dipersoalkan ialah: Bagaimana mengatasi waswas dalam sembahyang? Apa perbezaan di antara lelaki dan perempuan dalam sembahyang? Surah apa yang sunat dibaca dalam sembahyang sunat?

Selain itu, buku ini juga memberi irsyad berhubung dengan puasa Ramadhan, puasa hari Asyura', puasa sunat bulan Sya'ban dan puasa sunat enam, di samping irsyâd mengenai zakat, haji, muamalat, ibadat korban, pakaian dan perhiasan, nazar, akhlak, do'a dan zikir.

Buku ini wajar dimiliki untuk dijadikan rujukan ke arah peningkatan nilai ibadat dan kesempurnaan insan.