Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksIrsyad Hukum 2010

JUDUL
Irsyad Hukum 2010
Tahun Diterbitkan: 2012
Halaman: 289 Muka Surat
ISBN-13: 99917-33-99-9
Harga: BND 8.00

Kandungan


Irsyad Hukum membimbing masyarakat Islam melaksanakan suruhan agama dengan sebaik mungkin. Setiap perkara yang dilakukan oleh seseorang Muslim pasti tidak lepas daripada kaitannya dengan hukum syara' kerana agama Islam itu adalah syumul iaitu merangkumi semua bidang kehidupan. Tidak kira sama ada sesuatu amalan itu telah dilakukan sejak sekian lama atau ia merupakan sesuatu perkara baharu, pasti ada hukumnya dari sudut pandangan Islam.

Fokus perbincangan Irsyad Hukum tidak hanya tertumpu kepada masalah ibadat sembahyang, puasa, zakat, haji atau nafkah sahaja, malah ia juga meliputi perkara-perkara yang lebih luas dan kontemporari seperti bidang kesihatan misalnya hukum pendermaan darah, aspek sosial seperti adab kesopanan ketika bersama tetamu dan bidang perniagaan contohnya pertandingan atau peraduan yang berunsur judi dan lain-lain lagi.

Ikuti perbincangan berbagai isu Irsyad Hukum kali ini yang mengandungi 30 tajuk menarik melalui gaya penyampaian dan hujah yang disulami dengan dalil-dalil al-Qur'an, hadits dan gaul ulama mu'tabar dalam bab-bab yang disusun mengikut kategori.