Kandungan
Suci daripada hadas dan najis adalah salah satu syarat sah sembahyang. Apabila seseorang menanggung hadas sama ada hadas kecil atau besar, maka sembahyang yang ditunaikan tidak sah sehinggalah dia bersih daripada hadas tersebut. Begitu juga apabila tubuh badan. pakaian atau tempat sembahyang seseorang itu terkena najis, wajib dibasuh kerana adanya benda-benda najis itu boleh menghalang sah sembahyangnya.
Salah satu kekeliruan yang sering berlaku ialah, jika pakaian atau badan seseorang terkena percikan air daripada basuhan najis, adakah pakaian atau badan yang terkena percikan tersebut dihukumkan bernajis?
Persoalan di atas adalah antara perkara-perkara yang dibahaskan di dalam buku Irsyad Hukum 2011 ini. Di samping perkara tersebut. buku ini juga membahaskan beberapa permasalahan mengenai Ibadat. Muamalat, Al-Ahwal Asy-Syakhshiyyah, Kebudayaan, Makanan dan Minuman, Haiwan, Pakaian dan Perhiasan. Akhlak. Doa, Wirid & Zikir dan Al-Mutafarrigát.
Semua permasalahan tersebut dihuraikan dalam bentuk irsyad iaitu bimbingan kepada masyarakat Islam dalam konteks untuk menjadi panduan umat Islam ke arah kesempurnaan hidup beragama.