Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksIrsyad Hukum 2017

JUDUL
Irsyad Hukum 2017
Tahun Diterbitkan: 2018
Halaman: 306 Muka Surat
ISBN-13: 978-99917-60-64-3 (Softcover)
Harga: BND 8.00

Kandungan


Islam adalah agama yang syumül, mencakupi seluruh bidang dan aspek kehidupan. Walaupun semakin ramai yang mencari jawapan hukum hakam syara' melalui teknologi media, namun penjelasan daripada para ulama dan ilmuan Islam tetap diperlukan agar masyarakat terus mendapat ilmu secara betul dan sihat.

Irsyad Hukum 2017 menyajikan pelbagai topik-topik menarik dan setiap tajuk dikupas berlandaskan dalil-dalil al-Qur'an, hadits dan qaul para ulama mu'tabar.

Antara tajuk-tajuk menarik dalam Irsyad Hukum 2017 ialah:

  • Darah Nifas Terhenti Seketika Dalam Tempoh Nifas.
  • Memperbanyak Berdo'a Ketika Sujud Dalam Sembahyang.
  • Perempuan Mengerjakan Sembahyang Jenazah: Apakah Hukumnya?
  • Hukum Membayarkan Fidyah atau Dam Bagi Pihak Orang Lain.
  • Jatuhkah Thalaq yang Dilakukan Suami Secara Bertulis?

Terdapat banyak lagi tajuk lain yang dibahaskan dalam Irsyad Hukum keluaran kali ini. Ia adalah sumber rujukan yang shahih bagi pencari dan penggemar ilmu.