Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksIsu-Isu Kewangan 2

JUDUL
Isu-Isu Kewangan 2
Tahun Diterbitkan: 2022
Halaman: 366 Muka Surat
ISBN-13: 978-99917-60-92-6
Harga: BND 8.00

Kandungan


Buku ini membincangkan isu, masalah dan penyelesaian pengurusan serta pengendalian kewangan dalam Islam. Ia lebih merupakan panduan kepada umat Islam khasnya dalam memahami hukum-hakam mengenainya.

44 fatwa yang dikumpulkan dalam buku ini sengaja dibahagikan kepada beberapa bab atau kategori semata-mata bagi memudahkan pembaca merujuk dan membuat penelitian hukum mengenainya.

Antara persoalan yang menarik ialah mengenai penggunaan Bitcoin menurut syara', derma melalui walkathon bertaja, promosi cabutan tiket bertuah, menabung untuk ibadat korban, waqaf tunai untuk pelaburan dan mengenakan denda kerana lewat membayar yuran perkhidmatan.