Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksIsu-Isu Kewangan

JUDUL
Isu-Isu Kewangan
Tahun Diterbitkan: 2000
Halaman: 653 Muka Surat
ISBN-13: 978-99917-33-21-0 (Paperback)
978-99917-33-20-3 (Hardcover)
Harga: BND 8.00 (Paperback)
BND 15.00 (Hardcover)

Kandungan


Buku ini memuatkan fatwa-fatwa yang difatwakan oleh Allahyarham Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz sepanjang 1962-1993 dan Yang Dimuliakan Lagi Dihormati Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned dari tahun 1994-1999.

Permasalahan yang dihuraikan didalam buku himpunan fatwa ini ialah isu-isu yang berkaitan dengan kewangan yang diminta ketetapan hukumnya oleh orang ramai daripada Mufti Kerajaan. Isu-isu tersebut dibahagikan kepada dua bab utama iaitu Ibadat dan Muamalat. Di dalam bab-bab ini pula terdapat beberapa bahagian lagi yang dipecahkan mengikut susunannya bagi memberikan gambaran yang jelas kepada pembaca tentang pembahagian ilmu dalam Islam.

Buku ini boleh disifatkan sebagai "framework" bagi kewujudan atau perjalanan aktiviti kewangan yang dirujukkan kepada syara', seperti kewujudan perbankan tanpa faedah, hutang, jual beli, insurans, pembahagian harta, wasiat dan sebagainya. Mudah-mudahan buku ini akan dapat memberikan manfaat yang sebesar-besarnya kepada setiap individu dan pembaca yang mengamalkan Islam sebagai cara hidup mereka.