Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksIsu-Isu Produk Halal

JUDUL
Isu-Isu Produk Halal
Tahun Diterbitkan: 2007
Halaman: 306 Muka Surat
ISBN-13: 978-99917-33-69-2
Harga: BND 8.00

Kandungan


Sebagai pengguna Muslim, kita pasti inginkan jaminan halal yang kukuh terhadap makanan dan apa jua produk yang kita gunakan. Isu halal makanan dan produk pengguna yang lain merupakan salah satu topik hangat yang sering dibincangkan sejak kebelakangan ini oleh berbagai pihak, sama ada pembekal barangan mahupun pengguna sendiri, pemimpin-pemimpin masyarakat dan juga para ulama.

Buku Isu-Isu Produk Halalyang merupakan himpunan fatwa Yang Berhormat Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam dari tahun 1994 hingga 2006 menghidangkan kepada para pembaca perbincangan yang begitu luas dan pelbagai, mengenai masalah-masalah yang bersangkut dengan berbagai jenis produk pengguna menurut perspektif Islam.

Untuk memudahkan pembaca mendapatkan penjelasan dan maklumat menurut keutamaan masing-masing, buku ini telah menyediakan rangkaian permasalahan yang dibahagi kan kepada 10 kategori utama. Pastinya fatwa yang terkandung di dalam buku ini amat dinanti-nantikan oleh banyak pihak yang peka terhadap perkembangan industri makanan dan produk pengguna setempat dan antarabangsa.