Kandungan
Kita semua adalah musafir. Matlamat kita adalah satu, bukannya dua atau tiga. Apakah dia matlamat itu jika bukan KEMATIAN?
Kematian merupakan jambatan ke akhirat. Ia adalah penghubung bagi dua kehidupan; kehidupan di dunia yang fana dan kehidupan di akhirat yang kekal abadi.
Untuk sampai ke akhirat dengan jambatan yang selamat, apakah kita sudah bersedia dan menyiapkan diri di dunia ini dengan berbagai amalan yang dapat menjamin kesejahteraan kita di sana?
Justeru itu, jadikanlah dunia ini sebagai 'Ladang Besar' untuk bertanam sebanyak mana yang kita mahu sebagai bekalan yang amat bermanfaat, yang dapat menolong kita ketika menghadapi KEMATIAN dan menuju akhirat dengan selamat.
Buku ini sedikit sebanyak memberi bimbingan kepada pembaca agar dapat mempertingkatkan usaha memperbaiki amalan seharian menuju keredhaan Ilahi dan memperolehi Husn al-Khatimah.