Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksMelayu Islam Beraja Mahkota Negara

JUDUL
Melayu Islam Beraja: "Mahkota Negara"
Tahun Diterbitkan: 2011
Halaman: 76 Muka Surat
ISBN-13: 978-99917-33-96-8
Harga: BND 4.00

Kandungan


Menagapa tajuk ini demikian bunyinya? Mengapa MIB disifatkan sebagai "Makhota Negara?"

Ya, memang inilah yang layak untuknya kerana statusnya, kerana fungsinya melayakkannya menyandang nama itu.

Ini adalah perlambangan tentang "kedaulatan". Lalu, selaku kedaulatan, ia tidak boleh diabai atau ditolak, dan malah tidak boleh sumbing, jika sumbing, bermakna cacat kedaulatan itu.

Jadi makanya, ia mesti didokong dan dipertahankan.

Buku yang diberi judul MELAYU ISLAM BERAJA “Mahkota Negara” ini adalah sebuah sajak hasil nukilan pena Adi Rumi, seorang penulis besar di rantau Nusantara ini yang telah berkecimpung dan aktif dalam dunia penulisan sejak tahun 1950an lagi. Nama pena Adi Rumi memang tidak asing lagi terutama bagi peminat-peminat puisi dan juga penulis-penulis besar lainnya di negara ini dan juga di rantau Dunia Melayu.

Adi Rumi adalah nama pena Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Abdul Aziz bin Juned, yang sekarang ini menjawat jawatan Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam.