Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksMeraih Berkat dalam Pembangunan Sains dan Teknologi

JUDUL
Meraih Berkat Dalam Pembangunan Sains Dan Teknologi
Tahun Diterbitkan: 2017
Halaman: 32 Muka Surat
ISBN-13: 978-99917-60-48-3
Harga: BND 2.00

Kandungan


Pembangunan dan kemajuan yang ada pada hari ini adalah jelmaan daripada sains dan teknologi. Daripada sebuah rumah kepada bangunan pencakar langit, angkasa diterokai, lautan diharungi dan bumi digali. Begitu juga kalau mahu jadi kaya, mahu mewah, mahu maju, semuanya boleh berlaku dengan letusan sains dan teknologi.

Pendeknya, kita tidak akan terlepas daripada memerlukannya kerana kita juga adalah generasi sains dan teknologi.

Tetapi untuk hidup dan membangun semata-mata hanya dengan sains dan teknologi sahaja belumlah lengkap dan mencukupi.

Pembangunan yang menghasilkan berkat,bangunan yang bertunggakkan berkat, rancangan yang berpaksikan berkat dan produk yang padat dengan berkat, perlu ada iman dan taqwa.

Metodologi membangun dengan sains dan teknologi berpaksikan iman dan taqwa, menepati aspirasi pembangunan berkat yang sebenar-benarnya.