Kandungan
Ibadat puasa dan zakat adalah rukun Islam yang ketiga dan keempat. Sebagai rukun ia wajib ditunaikan oleh setiap umat Islam.
Bagi memastikan agar ibadat tersebut dapat dilaksanakan dengan sempurna, buku Fatwa Mufti Kerajaan, Negara Brunei Darussalam ini sedikit sebanyak dapat membantu ke arah itu.
Antara fatwa mengenai puasa yang dimuatkan ialah tentang pesakit buah pinggang, bertambah darah atau air glukos ketika berpuasa, waktu berbuka puasa dalam kapal terbang dan kiraan fidyah kerana melengahkan qadha' puasa.
Sementara fatwa mengenai zakat pula antaranya ialah tentang memindahkan zakat ke luar negeri, zakat fitrah pembantu rumah, kedudukan wang zakat bagi pemohon yang meninggal dunia sebelum menerimanya, zakat cincin emas yang dipakai lelaki dan tafsiran fi sabilillah dalam asnaf zakat.