Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksRawatan Dan Kesihatan

JUDUL
Rawatan & Kesihatan
Tahun Diterbitkan: 2002
Halaman: 291 Muka Surat
ISBN-13: 978-99917-33-40-1
Harga: BND 8.00

Kandungan


Di dalam buku ini terkumpul sejumlah fatwa Mufti Kerajaan yang berhubungkait dengan amalan, jampi, azimat, perubatan dan kesihatan yang difatwakan dari tahun 1962 hingga 2001. Fatwa-fatwa berkenaan diambil dariapda fatwa yang difatwakan oleh Yang Dimuliakan Lagi Dihormati Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned, Mufti Kerajaan dari 1994 hingga sekarang dan Allahyarham Pehin Datu Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr Haji Ismail bin Umar Abdul Aziz, Mufti Kerajaan dari tahun 1962 hingga 1992.

Sesungguhnya setiap penyakit ada ubatnya, kecuali penyakit mati. Dalam konteks berubat ini, bermacam-macam cara dan sistem perubatan sama ada secara tradisional ataupun moden telah diperkenalkan. Terpulanglah kepada kita yang memilihnya sesuai dengan penyakit yang dideritai oleh seseorang. Dalam hubungan ini, di sana kita terdedah kepada beberapa kemungkinan dalam membuat pilihan untuk berubat. Kadang-kadang orang terjerumus kepada cara perubatan yang salah di sisi hukum syara'. Perkara ini ada hubung kaitnya dengan soal aqidah dan pegangan agama.

Oleh yang demikian, dengan adanya himpunan fatwa yang berhubungkait dengan amalan dan perubatan ini, mudah-mudahan para pembaca akan mendapat pimpinan yang berguna dalam kita menjalani liku-liku kehidupan seharian.