Kandungan
Lebih 1,400 tahun yang lalu babi telahpun disebut di dalam al-Qur'an untuk memberi peringatan dan amaran mengenai pengharamannya.
Allah Subhanahu wa Ta'ala mengharamkan babi kerana Allah tahu, setahu-tahuNya akan babi itu. Kita hanya menumpang tahu dengan cara mengkajinya. Malah Allah tahu apa yang kita tidak mampu tahu walaupun sesudah mengkajinya.
Lihatlah sekarang, macam-macam berbangkit disebabkan oleh babi. Spanish Flu 90 tahun yang lampau telah membunuh sehingga lebih 50 juta jiwa. Pada tahun 1957 satu wabak dinamakan Asian Flu yang juga menyerang Hongkong pada tahun 1968 dengan nama Hongkong Flu meragut lebih 2 juta nyawa. Tahun 1999 muncul wabak JE (Japanese Encephalitis) sejenis penyakit radang otak yang membunuh ramai jiwa. Kini muncul pula yang lebih ditakuti seluruh dunia, Selesma Babi (H1N1).
Di mana kita orang Islam dalam keadaan ini? Bukankah ini bukti mutlak kebenaran al-Qur'an dan mengukuhkan lagi kebenaran itu sekukuh-kukuhnya?