Kandungan
Kewajiban sembahyang tidak boleh sekali-kali diringan-ringankan. Ia adalah kewajiban asasi umat Islam. Sembahyang wajib dikerjakan oleh semua peringkat, keadaan dan kondisi seseorang umat Islam di mana sahaja ia berada. Di akhir-akhir ini, penggunaan kerusi ketika menunaikan sembahyang di masjid-masjid dan surau-surau jelas semakin meningkat terutamanya di kalangan warga emas, orang kurang upaya dan sebagainya.
Oleh kerana menunaikan sembahyang menggunakan kerusi sangat berkait dengan kewajiban menunaikan sembahyang, maka buku ini akan menghuraikan tatacara tersebut mengikut keadaan-keadaan yang biasa dihadapi oleh orang yang sembahyang duduk menggunakan kerusi. Buku ini juga memuatkan gambar-gambar bagi memudahkan pembaca mendapat gambaran yang lebih jelas tentang cara melaksanakannya menurut pandangan Mazhab asy-Syafi'i.