Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksTeman Musafir

JUDUL
Teman Musafir
Tahun Diterbitkan: 2013
Halaman: 132 Muka Surat
ISBN-13: 978-99917-60-03-2
Harga: BND 4.00

Kandungan


Sebagai teman, pastinya diharapkan yang baik, berguna dan boleh diharapkan untuk memberi bimbingan ketika musafir.

Buku Teman Musafir ini mengandungi adab-adab sebelum musafir, ketika dalam musafir dan balik dari musafir. Lengkap dengan do'a dan amalan yang sunat dilakukan.

Khusus mengenai sembahyang. Teman Musafir bukan sahaja memberi bimbingan tentang sembahyang qasar dan jama' tetapi banyak perkara yang berkaitan dengan sembahyang termasuk menentukan arah qiblat turut disentuh di dalam buku ini.

Selain itu hukum hakam puasa dan Hari Raya yang sering menjadi persoalan bagi orang musafir juga diterangkan dengan jelasnya. Sebab itu buku ini amat sesuai untuk dijadikan Teman Musafir.